Tuesday, May 26, 2009

The Mataking Trip...

A bunch of close friends went for a trip to Mataking Island, Sabah from 21-24 May 2009 and here is their story...

the people involved...













the sceneries they saw...










































and finally the contraversial coconut crap..oops crab picture...




p/s this is just a fraction( 1/40) of the snap shots taken, kalau nak tengok yang lain-lain tu kena lah jumpa pesara ya....

Sunday, May 03, 2009

Makhluk Tuhan Yang Paling.....

Sama-samalah kita menghayati pose makhluk-makhluk Tuhan yang sempat dirakamkan ini. Tapi yang menariknya, yang mana satukah agaknya makhluk Tuhan yang paling seksi??
Pesara pilih yang niiii.........

Sunday, April 26, 2009

Foot Sa...lah Tendang Bola..

Saksikan aksi-aksi menarik perlawanan futsal antara MA melawan AA di Ampang Sports Planet sempena Piala YB Pertama Peringkat Keluarga....




Selepas bertungkus lumus selama satu jam kedua-duanya pulang tanpa piala ( yang sememangnya pun tidak disediakan.)



Selepas penat mengeluarkan peluh, the futsal gang ke Naili's untuk upacara kejutan birthday celebration to salah sorang ahli "geng-ster" futsal...

Sunday, April 12, 2009

Yesterday Once More with YB..

It's been slightly more than 3 years Pesara dah pencen. Dalam menjalani kehidupan sebagai pesara ni, banyak pengalaman dan pelajaran yang telah diperolehi termasuk gelaran YB. Ramai yang tak mengenali YB tertanya-tanya apalah agaknya yang Pesara buat hari-hari kat rumah tu. Apa yang boleh dikatakan is that I try to fill up my time dengan aktiviti2 yang bermanafaat untuk dunia mahu pun akhirat, Insya'Allah.

Diantaranya Pesara cuba mengikuti program2 tv yang berbentuk keagamaan seperti rancangan " Tanyalah Ustaz " setiap 7-8 pagi di tv9 setiap pagi jumaat, sabtu dan ahad. This week it's about "Silatulrahim". Anyway, dalam merapatkan silatulrahim ni banyak benda yang boleh kita lakukan, di antaranya memanjatkan doa untuk kawan2 yang berhajatkannya. Sebagai contoh, this morning a friend smsed and told me that she has a fishing competition at 2pm today and nak I doakan dia. Yesterday, another friend smsed me to let me know that a "friend" that she had been waiting for more than 3 months, finally came, Alhamdullilah ( after asking me to doakan bersama )..inilah antaranya walau pun tak sebesar mana permintaan mereka, tapi ianya tetap merapatkan silatulrahim antara insan.

Tapi apa yang Pesara nak share today is my passion for music. I called it passionlah. Selepas bersara, I ada membeli organ/piano untuk memenuhi passion tersebut dan setelah sekian lama tak menyentuhnya, tiba2 ada pula rasa rindu kepadanya and I just want to share this experience with all my friends and family members yang menjadi pembaca setia blog ini..enjoy!!

p/s jangan marah,rupa2nya dalam diam-diam tu, I dah ada peminat nun jauh di pulau...:-))

Monday, March 09, 2009

Bersantai di river+stone...

Last sunday YB and PA nak gi picnic kat Riverstone Eco Resort di Ulu Yam. Malam tu kita ke carrefour membeli keperluan untuk dibawa bersama sebagai cekikan and decided to tanya member terdekat kalau-kalau dia adik beradik nak ikut. Oleh sebab kesihatan tak mengizinkan, mereka tak dapat turut serta ( harap-harap dah fully recovered by now ).

So pagi tu off we went looking for said resort. Kita dah berbincang kat rumah sebelum bertolak that kalau takde orang yang bermalam di sana, we would only go for a day trip ( maklumlah bermalam di dalam hutan all by ourselves is a scary idea ). Sebaik aje masuk jalan menuju ke administration building we saw a bunch of people having some kind of activity, so we said "ok ada orang nampaknya". Tetapi selepas bertanyakan receptionist kat situ semasa nak check-in, we found out that we will be the only guest there for that night. Orang yang ramai tu sudah nak balik. Kita orang pun tak jadi check-in and terus belah dari situ.

We went further up looking for tempat just have a picnic and mandi manda, kita end up at another resort called river+stone. We had a great time eating and lazying in the river with stones in it, as can be seen below....











p/s YB balik sakit satu badan tapi kalau nak go again, YB tak kisah....

Tuesday, February 24, 2009

Bila YB dan PA bercuti....

YB, seorang pesara kerajaan dan PA seorang pekerja swasta apabila mereka megambil keputusan untuk pergi bercuti bersama ke Pulau Pinang, lihatlah bagaimana mereka menghabiskan masa percutian mereka...
































Walau apa pun enjoy tetap enjoy hehehe..
p/s mungkin PA ada versinya sendiri tentang percutian ini. Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut, sila rujuk ke facebook beliau ya!